Pages

.

MALAYSIA - Tengku Razaleigh akan kupas Perjanjian Malaysia Jumaat ini






Tengku Razaleigh akan kupas Perjanjian Malaysia Jumaat ini

Nuraniz Ghaus
 | November 26, 2013
Beliau akan mengupas isu-isu sensitif berhubung pelanggaran-pelanggaran oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.




KOTA KINABALU : Bekas Menteri Kewangan yang juga pemimpin paling lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, sekali lagi akan bertandang ke Sabah Jumaat ini dan bakal membongkar pelanggaran-pelanggaran terhadap Perjanjian Malaysia dan 20 Perkara.
Beliau akan mengupas isu-isu sensitif berhubung pelanggaran-pelanggaran oleh Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri terhadap dua dokumen penting penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963 dulu.
Menganjurkan forum bertajuk “Pelanggaran 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia” di Sekolah Menengah Kian Kok di Jalan Tuaran pada 29 Nov ini ialah NGO Amanah cawangan Sabah yang diketuai sendiri oleh Tengku Razaleigh di peringkat nasional.
Menurut jurucakap penganjur, forum itu terbuka kepada orang ramai dan akan bermula pada jam 2 petang Jumaat ini.
“Selepas Ku Li yang juga ahli parlimen Gua Musang menyampaikan ucap utama, beliau akan disertai oleh beberapa kenamaan Sabah pada forum meja bulat.
“Jemputan telah pun dihantar kepada dua bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Peter Lo, bekas peguam besar Sabah, Tan Sri Herman Luping dan juga bekas Menteri Kewangan Sabah, Datuk Mohd Noor Mansor,” katanya kepada wakil FMT.
Menurut beliau, pandangan dari umum juga akan diambil kira dan satu rumusan akan dikompilasi dalam bentuk memo yang Tengku Razaleigh sendiri turut dijangka membawanya ke Parlimen kelak.

No comments:

Post a Comment